Thursday 5 July 2012

MESYUARAT PDM TANAH MERAH JULY 2012

Pada 3/7/2012, Hari Selasa Jam 9.30 malam, jawatankuasa PDM Tanah Merah telah mengadakan Mesyuarat PDM yang membincangkan mengenai dua agenda utama iaitu perbincangan mengenai ceramah anjuran penerangan negeri Terengganu dan juga taklimat badan perhubungan negeri bagi PDM yang tewas pada PRU 12.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi PDM Tanah Merah, Saudara Mohamad Sidek bin Mat Amin. Beliau menyentuh sedikit sebanyak mengenai 2 perkara penting tersebut. Mengenai Taklimat PDM yang akan diadakan pada 6/7/2012 Hari Jumaat,beliau memohon setiap cawangan dalam PDM Tanah Merah untuk menghantar wakil seramai 10 orang untuk hadir ke taklimat tersebut.
Manakala,ceramah anjuran Penerangan Negeri akan diadakan pada 7/7/2012 bertempat di Dewan C3 Pak Wong.
Berikut gambar-gambar yang sempat diambil semasa mesyuarat tersebut berjalan...






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...