Saturday, 27 April 2013

LAWATAN YAB DATUK SERI HAJI AHMAD BIN SAID KE BILIK GERAKAN N.05 DUN JABI PARLIMEN SETIU

KUALA KUBANG-24 APRIL 2013-SATU LAWATAN OLEH YAB DATUK SERI HAJI AHMAD BIN SAID KE BILIK GERAKAN DUN JABI TELAH DIADAKAN DEKAT SINI.



LAWATAN OLEH MB TERENGGANU ITU TURUT DISERTAI OLEH BEKAS YB DUN JABI TN HJ RAMLAN BIN ALI DAN JUGA CALON BN MASING-MASING DUN JABI DAN PARLIMEN SETIU IAITU EN MOHD ISKANDAR JAAFAR DAN EN CHE MOHD ZULKIFLI BIN JUSOH.

LAWATAN INI DIADAKAN BAGI MERASMIKAN BILIK GERAKAN DUN JABI DAN MELIHAT PERSIAPAN JENTERA PILIHAN RAYA PERINGKAT DUN JABI.

MAJLIS YANG DIPENGERUSIKAN OLEH AJK UMNO BAHAGIAN SETIU IAITU EN AHMAD ZAKI BIN MUDA BERMULA DENGAN UCAPAN ALUAN OLEH CALON BN DUN JABI MOHD ISKANDAR JAAFAR DIIKUTI OLEH EN CHE MOHD ZULKIFLI BIN JUSOH.

BEKAS YB DUN JABI YANG TELAH 3 PENGGAL BERKHIDMAT SEBAGAI WAKIL RAKYAT DUN JABI IAITU TN HJ RAMLAN BIN ALI TURUT DIJEMPUT MENYAMPAIKAN UCAPAN BELIAU. DALAM UCAPAN BELIAU,BELIAU MENASIHATKAN KEPADA JENTERA PARTI SUPAYA TERUS BEKERJA KUAT DEMI KEMENANGAN CALON BN DUN JABI DAN JUGA PARLIMEN SETIU.BELIAU JUGA MENGINGATKAN KEPADA SEMUA RAKYAT DALAM DUN JABI AGAR TERUS MENYOKONG CALON PARTI DENGAN SEMANGAT GELOMBANG BIRU DAN TANPA BERBELAH-BAHAGI. 

MAJLIS DISERIKAN DENGAN UCAPAN OLEH YAB DS HJ AHMAD BIN SAID,MENTERI BESAR TERENGGANU,JUGA MERANGKAP PENGERUSI BN NEGERI TERENGGANU. BELIAU MENGHARAPKAN RAKYAT DAN JENTERA TERUS MENYOKONG KEPIMPINAN DAN CALON BARU BN INI DEMI KEMENANGAN BESAR BAGI BN PADA PRU13 NANTI. BELIAU JUGA MEMBERI PERINGATAN KEPADA SEMUA AGAR SENTIASA SETIA DENGAN PERJUANGAN PARTI DEMI MEMARTABATKAN AGAMA,BANGSA DAN TANAH AIR.

SELESAI UCAPAN, MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SESI TAKLIMAT BILIK GERAKAN OLEH CALON BN DUN JABI SAUDARA MOHD ISKANDAR JAAFAR. 

MAJLIS BERSURAI DENGAN SEDIKIT JAMUAN KEPADA TETAMU DAN RAKYAT YANG HADIR.

LAWATAN CALON BN N.05 DUN JABI KE BILIK GERAKAN PDM TANAH MERAH

PDM TANAH MERAH-24 APRIL 2013-SATU LAWATAN MESRA OLEH CALON BN N.05 DUN JABI SAUDARA MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR TELAH DILAKUKAN BERTEMPAT DI BILIK GERAKAN PUSAT DAERAH MENGUNDI TANAH MERAH DUN JABI. 


LAWATAN DIMULAKAN DENGAN UCAPAN ALU-ALUAN OLEH SETIAUSAHA PDM IAITU CIKGU MIZAN.BELIAU MENERANGKAN SEDIKIT SEBANYAK MENGENAI LATAR BELAKANG PDM DAN LOKALITI YANG ADA DIDALAM PDM TANAH MERAH INI.

SETERUSNYA PENGERUSI PDM,EN MOHAMAD SIDEK BIN MAT AMIN MEMBERIKAN UCAPAN SEPATAH DUA KATA DAN MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN SAUDARA MOHD ISKANDAR JAAFAR,CALON BN JABI KE PDM TANAH MERAH.

MAJLIS SETERUSNYA DITERUSKAN LAGI DENGAN UCAPAN CALON BN DUN JABI IAITU MOHD ISKANDAR JAAFAR. BELIAU AMAT GEMBIRA DAN TERHARU DENGAN SAMBUTAN YANG DIBERIKAN DAN MENGHARAPKAN PDM TANAH MERAH BEKERJA KUAT BAGI MENGHADAPI PRU13. BELIAU JUGA MENYERU KEPADA SEMUA AJK PDM SUPAYA BERSATU PADU DEMI MENGHADAPI PRU13 INI.

Wednesday, 24 April 2013

JOM BERTINDAK DEMI MALAYSIA,JOM BERGERAK!!!

FB COVER

FB BADGE

TWITTER

TWITTER BADGE
JOM DAPATKAN KIT JOM BERTINDAK DI:-

CALON BN N.05 DUN JABI



LATAR BELAKANG
Mohd Iskandar Bin Jaafar dilahirkan di KG Gong Lilit Apal, Jabi Terengganu. Beliau dilahirkan pada 03 Disember 1975 dan berumur 38 tahun. Pada tahun 2004, beliau berkahwin dengan Dr. Nor Asmawati Binti Wahab dan mempunyai 3 orang anak. Tempat tinggal beliau sekarang adalah di Taman Sri Nor, Wakaf Tembesu 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.
PENDIDIKAN
            Pada tahun 1982-1987, Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Jabi, Jerteh, Terengganu (penilaian darjah lima). Beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh bagi peringkat SPM pada tahun 1988-1992. Bagi peringkat STPM tahun 1993-1994 adalah di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera B.A (H) Pentadbiran Sosial di Universiti Malaya pada tahun 1995-1999.
POLITIK
Dalam arena politik pula, Mohd Iskandar mula melibatkan diri sejak di Universiti lagi dengan memenangi kerusi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya bagi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Pada Pilihanraya Kampus. Antara jawatan dalam arena politik dari tahun 2004 hingga ke tahun 2011 adalah sebagai ketua penerangan UMNO cawangan Kg. Apal, Jabi, Setiu, Terengganu. Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai ketua pemuda Umno (dipilih) cawangan kg. Apal, Jabi, Setiu, Terengganu. Malahan beliau juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO Dun Jabi, Setiu, Terengganu. Beliau juga merupakan Ahli JawatanKuasa Biro Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Terengganu. Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai ahli JawatanKuasa Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Setiu, Terengganu dan juga sebagai setiausaha Biro Penerangan Pemuda UMNO Terengganu. pada tahun 2009 hingga 2011, beliau memegang jawatan sebagai Ahli JawatanKuasa Biro Ceramah dan Pidato Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Antara aktiviti yang dipegang oleh Mohd Iskandar ini adalah sebagai penceramah kempen pilihanraya UMNO bahagian Setiu pada tahun 2004. Selain itu, beliau juga merupakan Penceramah/ Fasilitator bagi kursus / program anjuran Jabatan Belia dan Sukan. Pada tahun 2008, beliau juga terlibat dalam aktiviti politik sebagai peceramah Biro Tata Negara(BTN) Modul Kenegaraan. Beliau juga merupakan Penceramah Undangan UITM Kuala Terengganu pada tahun 2009 bagi subjek Pembangunan Kerjaya / Kenegaraan. Pada Mac 2009 beliau dipilih sebagai Perwakilan Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Setiu (G2) ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2009. Malah pada Oct 2010 pula, beliau juga dipilih sebagai perwakilan Umno Bahagian Setiu (G7) ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia Oktober 2010.
PENGALAMAN KERJAYA
Pada tahun 1999-2001, beliau bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran Practimax Sdn BHd, Shah Alam. Manakala pada tahun 2001-2003, beliau bekerja sebagai Pegawai Pemasaran/ Jualan Cte Jaya Enterprise, Jerteh. Selain itu, pada tahun 2003- sept 2007, beliau bekerja sebagai Pegawai Penerangan Daerah Kuantan Jabatan Penerangan Negeri Pahang. Kerjaya beliau terkini adalah sebagai Penolong Pengarah (Gred S44) Jabatan Penerangan Negeri Terengganu 





JOM BERTINDAK DEMI MALAYSIA!!!

SAYA PILIH MALAYSIA!!!


PELANCARAN AKU JANJI TAMBAHAN BN TERENGGANU


SATU MAJLIS PELANCARAN AKU JANJI TAMBAHAN BN TERENGGANU DENGAN TEMA "JANJI DITEPATI TERENGGANU MAKMUR RAKYAT SEJAHTERA" DAN "MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN" TELAH DIADAKAN DI DEWAN KONVENSYEN TAMAN TAMADUN ISLAM,TTI KUALA TERENGGANU PADA 15 APRIL 2013 JAM 9.00 MALAM.

PELANCARAN AKU JANJI INI DISEMPURNAKAN OLEH MENTERI BESAR TERENGGANU YAB DATO' SERI HAJI AHMAD BIN SAID.

MAJLIS DIMULAKAN DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DIIKUTI LAGU BN.

AKU JANJI TAMBAHAN BN TERENGGANU INI MENJANJIKAN 18 PERKARA YANG BAKAL DILAKSANAKAN KERAJAAN BN NEGERI SELEPAS PRU13.

ANTARA INTIPATI AKU JANJI TAMBAHAN TERSEBUT IALAH SEPERTI BERIKUT:-
1. MEMBINA 10000 UNIT RUMAH MAMPU MILIK
2. PELUANG RAKYAT MEMILIKI 1 TAPAK RUMAH ATAU SATU TAPAK PERTANIAN
3. PAJAKAN TANAH INDIVIDU DINAIKKAN DARI 30 TAHUN KEPADA 60 TAHUN
4. INSENTIF KHAS UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH PHD DALAM BIDANG KRITIKAL
5. MEMPERKASAKAN PROGRAM E BOOK
6. MEMBINA SEKOLAH IMTIAZ SETIAP SATU DI SETIU MARANG DAN KUALA NERUS BAGI MELENGKAPKAN SATU DAERAH SATU IMTIAZ
7. KHAIRAT DAN INSURANS TAKAFUL RAKYAT
8.MEMPERLUAS PERKHIDMATAN PUSAT HEMODIALISIS
9. TERENGGANU SEBAGAI HUB URUSAN HAJI DAN UMRAH DI PANTAI TIMUR
10. INSTITUT AL QURAN TERENGGANU IQ DINAIKTARAF SEBAGAI SEBUAH KOLEJ UNIVERSITI
11. MENJADIKAN TERENGGANU SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN ILMU ISLAM DI NUSANTARA
12. MENYEDIAKAN DANA PENGURUSAN KEPADA PERTUBUHAN BELIA DAN NGO
13. SUKAN SEBAGAI SATU KERJAYA
14. MEWUJUDKAN GELANGGANG FUTSAL DI SETIAP PUSAT DAERAH MENGUNDI
15. MEMBINA KOMPLEKS LITAR PERLUMBAAN MOTORSIKAL BERTARAF ANTARABANGSA
16. MEMPERHEBATKAN DANA USAHAWAN DAN MEMPERLUASKAN SKALA PERUSAHAAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA IKS
17. MENARIK PELABURAN LEBIH RM25 BILLION DALAM INDUSTRI PETROKIMIA,BIOTEKNOLOGI DAN KELULI DENGAN LEBIH 10,000 PELUANG PEKERJAAN
18. TASIK KENYIR SEBAGAI HUB EKO-PELANCONGAN DAN KAWASAN BEBAS CUKAI

MAKLUMAT LANJUT LAYARI:-

www.bnterengganu.com

PROGRAM HIJRAH MINDA MEMBUKA MINDA MENCARI KEBENARAN KG GONG PASIR,PDM TANAH MERAH

SATU PROGRAM MURNI BERBENTUK PROGRAM HIJRAH MINDA MEMBUKA MINDA MENCARI KEBENARAN TELAH DIADAKAN PADA 20 APRIL 2013 DI BALAI SERBAGUNA KAMPUNG GONG PASIR DALAM PUSAT DAERAH MENGUNDI TANAH MERAH DUN JABI.

PROGRAM INI ADALAH ANJURAN BIRO PENERANGAN UMNO DUN JABI DENGAN KERJASAMA UMNO CAWANGAN KAMPUNG GONG PASIR,PERKASA SETIU DAN JUGA AGENSI PEMBANGUNAN MASYARAKAT TERENGGANU (APMT) DUN JABI.

PENCERAMAH JEMPUTAN YANG SUDI HADIR DARI JAUH IALAH USTAZ ZULKIFLI TEOW YANG MERUPAKAN KETUA MCA BAGI NEGERI KELANTAN.

PROGRAM JUGA DISERIKAN LAGI DENGAN KEHADIRAN CALON BN BAGI N.05 DUN JABI IAITU SAUDARA MOHD ISKANDAR JAAFAR. BELIAU SEMPAT MEMBERIKAN SEDIKIT CERAMAH DAN MEMPERKENALKAN DIRI BELIAU KEPADA RAKYAT SETEMPAT.

PROGRAM INI JUGA TURUT DIHADIRI OLEH CALON BN BAGI P.034 PARLIMEN SETIU IAITU SAUDARA CHE ZULKIFLI BIN JUSOH.BELIAU JUGA MEMBERIKAN SEDIKIT UCAPAN ALUAN DAN MEMPERKENALKAN DIRI BELIAU KEPADA KHALAYAK UMUM.


ISI KANDUNGAN CERAMAH BANYAK MENYENTUHMENGENAI ISU - ISU SEMASA POLITIK YANG BERLAKU SAMA ADA DIPERINGKAT TEMPATAN DAN JUGA MEMBAHAS ISU POLITIK PERINGKAT NASIONAL.

PROGRAM SEUMPAMA INI SEDIKIT SEBANYAK MEBERIKAN MAKLUMAT YANG CUKUP TEPAT KEPADA AGAR DAPAT MEMBUAT PILIHAN YANG BETUL PADA PRU13 NANTI.

HARAPAN SEMOGA LEBIH BANYAK ISU DIDEDAHKAN PADA MASA AKAN DATANG SUPAYA RAKYAT DAPAT MENILAI SITUASI SEMASA POLITIK MALAYSIA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...