Wednesday 24 April 2013

CALON BN N.05 DUN JABI



LATAR BELAKANG
Mohd Iskandar Bin Jaafar dilahirkan di KG Gong Lilit Apal, Jabi Terengganu. Beliau dilahirkan pada 03 Disember 1975 dan berumur 38 tahun. Pada tahun 2004, beliau berkahwin dengan Dr. Nor Asmawati Binti Wahab dan mempunyai 3 orang anak. Tempat tinggal beliau sekarang adalah di Taman Sri Nor, Wakaf Tembesu 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.
PENDIDIKAN
            Pada tahun 1982-1987, Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Jabi, Jerteh, Terengganu (penilaian darjah lima). Beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh bagi peringkat SPM pada tahun 1988-1992. Bagi peringkat STPM tahun 1993-1994 adalah di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera B.A (H) Pentadbiran Sosial di Universiti Malaya pada tahun 1995-1999.
POLITIK
Dalam arena politik pula, Mohd Iskandar mula melibatkan diri sejak di Universiti lagi dengan memenangi kerusi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya bagi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Pada Pilihanraya Kampus. Antara jawatan dalam arena politik dari tahun 2004 hingga ke tahun 2011 adalah sebagai ketua penerangan UMNO cawangan Kg. Apal, Jabi, Setiu, Terengganu. Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai ketua pemuda Umno (dipilih) cawangan kg. Apal, Jabi, Setiu, Terengganu. Malahan beliau juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO Dun Jabi, Setiu, Terengganu. Beliau juga merupakan Ahli JawatanKuasa Biro Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Terengganu. Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai ahli JawatanKuasa Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Setiu, Terengganu dan juga sebagai setiausaha Biro Penerangan Pemuda UMNO Terengganu. pada tahun 2009 hingga 2011, beliau memegang jawatan sebagai Ahli JawatanKuasa Biro Ceramah dan Pidato Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Antara aktiviti yang dipegang oleh Mohd Iskandar ini adalah sebagai penceramah kempen pilihanraya UMNO bahagian Setiu pada tahun 2004. Selain itu, beliau juga merupakan Penceramah/ Fasilitator bagi kursus / program anjuran Jabatan Belia dan Sukan. Pada tahun 2008, beliau juga terlibat dalam aktiviti politik sebagai peceramah Biro Tata Negara(BTN) Modul Kenegaraan. Beliau juga merupakan Penceramah Undangan UITM Kuala Terengganu pada tahun 2009 bagi subjek Pembangunan Kerjaya / Kenegaraan. Pada Mac 2009 beliau dipilih sebagai Perwakilan Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Setiu (G2) ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2009. Malah pada Oct 2010 pula, beliau juga dipilih sebagai perwakilan Umno Bahagian Setiu (G7) ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia Oktober 2010.
PENGALAMAN KERJAYA
Pada tahun 1999-2001, beliau bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran Practimax Sdn BHd, Shah Alam. Manakala pada tahun 2001-2003, beliau bekerja sebagai Pegawai Pemasaran/ Jualan Cte Jaya Enterprise, Jerteh. Selain itu, pada tahun 2003- sept 2007, beliau bekerja sebagai Pegawai Penerangan Daerah Kuantan Jabatan Penerangan Negeri Pahang. Kerjaya beliau terkini adalah sebagai Penolong Pengarah (Gred S44) Jabatan Penerangan Negeri Terengganu 





JOM BERTINDAK DEMI MALAYSIA!!!

SAYA PILIH MALAYSIA!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...