APMT adalah satu entiti terus di bawah YAB Menteri Besar Terengganu yang mendokong Visi ke arah membentuk minda dan watak rakyat Terengganu yang terbilang serta menjadi bangsa Terengganu baru menjelang 2013.
Tunggak misi operasi kami adalah ke arah membebaskan masyarakat Terengganu demi sebarang belenggu ketaksuban fahaman politik yang sempit dalam usaha melahirkan insan yang berilmu dan berketerampilan berdasarkan teras-teras perkhidmatan berikut:
- Berpegang teguh kepada ajaran agama
- Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
- Bekerja dengan penuh bertanggungjawab ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara
- Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
- Berkhidmat dengan penuh kemesraan
- Bekerjasama untuk membanteras sebarang kelemahan dan musuh Negara
Dengan Visi dan Misi ini , APMT mempunyai rangkaian anggota kerja di peringkat Negeri,Parlimen,Dun,Peti undi dan saluran mengundi dengan kemudahan serta infrastruktur yang boleh di katakan kemas dengan teratur.
Fokus program /aktiviti kami di APMT adalah untuk memartabatkan kepimpinan YAB Menteri Besar mengekalkan kerajaan Negeri serta memperkasakan UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi tunggak Barisan Nasional.Dengan fokus ini berbagai strategi di atur merangkumi profil pengundi,cakna belia,sayangi masyarakat dan kekeluargaan ke arah melahirkan masyarakat yang berilmu dalam bentuk Flagship dan sebagainya.
Adalah menjadi harapan saya agar segala strategi dan usaha yang di sumbangkan ke arah perlaksanaan kerja buat di APMT ini,di golongkan Allah sebagai ibadah dan amal soleh.sekian....
SUMBER :
apmt.terengganu.gov.my
No comments:
Post a Comment