TARIKH : 20 OKTOBER 2012
MASA : JAM 8.45 MALAM
TEMPAT : CABANG TIGA APAL,JABI
SATU PROGRAM TERBUKA BAGI MENYAKSIKAN PERLAWANAN BOLA SEPAK PERINGKAT AKHIR ERA PIALA MALAYSIA ANTARA DUA SETERU UTAMA IAITU KELANTAN MENENTANG PASUKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) TELAH BERLANGSUNG DEKAT SINI.
PROGRAM INI DIANJURKAN SECARA BERSAMA OLEH APMT DUN JABI DENGAN KERJASAMA PEMUDA APAL.
|
perlawanan bermula dengan aksi yang mendebarkan |
SELAIN DAPAT MENONTON SECARA LIVE MELALUI SKRIN YANG AGAK BESAR, PENONTON DAN PENGUNJUNG YANG HADIR JUGA DIJAMU DENGAN BBQ AYAM BAGI MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM.
|
ada yang menonton perlawanan dari seberang jalan |
PERLAWANAN FINAL TERSEBUT AMAT SENGIT SEHINGGA PERLAWANAN DIHERET HINGGA KE MASA TAMBAHAN. GOL PERTAMA KELANTAN DIJARINGKAN OLEH NORSHAHRUL IDLAN TALAHA PADA MINIT-MINIT AKHIR BABAK PERTAMA PERLAWANAN. PADA BABAK KEDUA, GOL PENYAMAAN ATM DIJARINGKAN OLEH REZAL ZAMBERY YAHYA DENGAN REMBATAN DERAS YANG TERTAMPAN PERTAHANAN LAWAN, OBINNA NWANERI SEHINGGA MENERJAH JARING GOL KELANTAN.
TIDAK SAMPAI SEMINIT SELEPAS JARINGAN GOL ATM, SEKALI LAGI NORSHAHRUL IDLAN TALAHA MENJADI PEMUSNAH DENGAN REMBATAN YANG CANTIK YANG MENERJAH GOL ATM. SELANG BEBERAPA MINIT SELEPAS ITU, MARLON ALEX JAMES, PEMAIN IMPORT SENSASI ATM MENYAMAKAN KEDUDUKAN KEPADA 2-2 APABILA MENANDUK MASUK BOLA KE GAWANG KELANTAN HASIL SEPAKAN PERCUMA REZAL ZAMBERY YAHYA.
|
khusyuk menonton perlawanan yang sememangnya sengit |
PERLAWANAN BERLANJUTAN HINGGA KE MASA TAMBAHAN. MASUK KE SEPARUH MASA KEDUA MASA TAMBAHAN, INDRA PUTRA MAHYUDDIN MENJADI PEMUSNAH IMPIAN ATM UNTUK MENJULANG PIALA MALAYSIA BUAT KALI PERTAMA APABILA MEMBUAT REMBATAN VOLI YANG CANTIK KE PINTU GOL ATM HASIL HANTARAN CANTIK KAPTEN KELANTAN, BADHRI RADZI.
|
kombinasi gambar menunjukkan para penduduk sekitar cabang tiga Apal khusyuk menonton bola dengan aneka ragam |
AKHIRNYA KELANTAN BERJAYA MENGEKALKAN RENTAK DAN MEMENANGI PERLAWANAN AKHIR TERSEBUT DENGAN KEPUTUSAN 3-2 DAN MENJULANG PIALA MALAYSIA BUAT KALI KEDUA SELEPAS MELAKUKANNYA PADA TAHUN 2010.
SYABAS BUAT PASUKAN KELANTAN DAN CUBA LAGI PADA TAHUN DEPAN BAGI PASUKAN ATM.