Sunday 9 December 2012

TINTA KETUA PENYELIA APMT DUN JABI PARLIMEN SETIU



En.Ahmad Izamery Bin Ghazali, Ketua Penyelia APMT Jabi
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. ALHAMDULILLAH..syukur ke hadrat ILAHI kerana APMT Dun Jabi dapat menyiapkan satu blog yang menjadi pusat penyaluran maklumat yang berguna kepada semua. Memaparkan segala aktiviti, program dan ceramah-ceramah yang terkini berlaku di dun jabi. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Unit Media APMT Dun Jabi, Sdr. Mohd Rahiesyam Bin Mohammad yang banyak memainkan peranan di dalam pembikinan Laman blog ini. Seperti yang kita sedia maklum bahawa Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) menjadi penyambung kepada hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat Terengganu Baru yang mempunyai minda yang bebas dan terbuka daripada belenggu ketaksuban fahaman politik kepartian yang sempit, membentuk masyarakat yang bersatu padu, berpatriotisma, beretika dan berketerampilan. APMT juga menjadi pelengkap kepada jentera kerajaan negeri dan persekutuan, penambah dan pencepat kepada jentera kerajaan yang sedia ada di dalam membentuk masyarakat yang mengutamakan keghairahan terhadap ilmu. Harapan saya semoga Blog APMT Dun Jabi ini menjabi sumber rujukan dan wadah penyebaran maklumat yang terbaik kepada semua. Sekian..Terima kasih

Ahmad Izamery Bin Ghazali
Ketua Penyelia
APMT Jabi
2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...