Tempat ; Bukit Gambang Resort City,Gambang,Kuantan Pahang
Pada tarikh dan tempat diadakan diatas, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) dengan kerjasama AJK UMNO Bahagian Setiu dan Besut telah pun mengadakan Kursus Pemantapan Jentera Pilihanraya Pemuda dan Puteri bagi Parlimen Setiu dan Besut. Seramai kira2 640 orang wakil Pemuda dan Puteri dari parlimen yang berkenaan hadir sebagai peserta bagi kursus kali ini. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memperkemas jentera pilihanraya bagi menghadapi PRU 13 nanti. Kursus ini menerapkan aspek - aspek pembangunan diri dan juga memupuk semangat untuk bekerja demi kepentingan parti seterusnya mendaulatkan agama, bangsa dan tanah air. Para peserta ditiupkan dengan semangat perjuangan yang menuntut aspek pengorbanan demi bangsa dan agama. Kesimpulan keseluruhannya kursus ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada peserta supaya bersiap siaga untuk menghadapi PRU 13 nanti dan pada masa yang sama sama sama berkorban demi parti yang ditunjangi ini.
Berikut sedikit sebanyak gambar - gambar kursus yang sempat diambil untuk tatapan semua.Terima Kasih.
untuk lebih banyak gambar lagi,sila ke Facebook saya...Rahiesyam Mohammad....tQ.
No comments:
Post a Comment