Monday, 26 March 2012

BR1M Siri 4 & 5

Pada 25 hb Mac 2012, Hari Ahad, bertempat di Balairaya Kg Renek, telah diadakan pembahagian BR1M bagi siri 4 dan 5. Pembahagian BR1M kali ini melibatkan seramai 119 penerima BR1M dari kawasan Dun Jabi. Pembahagian BR1M ini diadakan bersama oleh Pejabat Penyelaras UMNO Parlimen Setiu dengan kerjasama APMT Dun Jabi dan juga Pejabat Daerah Setiu. Proses pembahagian BR1M kali ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. BR1M merupakan alternatif dan usaha dari pihak kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan bawah RM3000.00 menampung perbelanjaan harian mereka. Bantuan ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan membantu golongan ini tanpa mengira fahaman politik dan perbezaan agama dan warna kulit.


Monday, 19 March 2012

Kursus Pemantapan Jentera Pilihanraya Pemuda dan Puteri Parlimen Setiu dan Besut 2012

Tarikh ; 15 - 17 Mac 2012
Tempat ; Bukit Gambang Resort City,Gambang,Kuantan Pahang

Pada tarikh dan tempat diadakan diatas, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) dengan kerjasama AJK UMNO Bahagian Setiu dan Besut telah pun mengadakan Kursus Pemantapan Jentera Pilihanraya Pemuda dan Puteri bagi Parlimen Setiu dan Besut. Seramai kira2 640 orang wakil Pemuda dan Puteri dari parlimen yang berkenaan hadir sebagai peserta bagi kursus kali ini. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memperkemas jentera pilihanraya bagi menghadapi PRU 13 nanti. Kursus ini menerapkan aspek - aspek pembangunan diri dan juga memupuk semangat untuk bekerja demi kepentingan parti seterusnya mendaulatkan agama, bangsa dan tanah air. Para peserta ditiupkan dengan semangat perjuangan yang menuntut aspek pengorbanan demi bangsa dan agama. Kesimpulan keseluruhannya kursus ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada peserta supaya bersiap siaga untuk menghadapi PRU 13 nanti dan pada masa yang sama sama sama berkorban demi parti yang ditunjangi ini.

Berikut sedikit sebanyak gambar - gambar kursus yang sempat diambil untuk tatapan semua.Terima Kasih.










untuk lebih banyak gambar lagi,sila ke Facebook saya...Rahiesyam Mohammad....tQ.

Friday, 9 March 2012

Pertandingan Memancing Kg Apal

Tarikh : 17 Februari 2012
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Panggung Tok Esut, Kg Apal 


ikan apa lah yang ada dalam kolam ni agaknya...

sabar menunggu ikan sangkut kat mata kail...

pancing jgn x pancing...

lawa jgk kolam ni...mandi pn best ni..hehe

ikan puyu ditimbang...agak2 berapa kilo??..haha

cabutan bertuah pn ada...

pemenang menerima hadiah...

Aktiviti Kemasyarakatan Kg Tanah Merah (PDM TANAH MERAH)

Antara aktiviti - aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Kg Tanah Merah :-)



maulid nabi

pertandingan keceriaan kg

taklimat pertandingan keceriaan kg

tukar atap biru

gotong royong membersihkan kawasan pondok polis Tanah Merah

Mesyuarat Peti Undi

Mesyuarat

Taklimat oleh En Abdullah Mat Amin,Peg.Penyelaras UMNO Parlimen Setiu

Baiki pagar masjid

Thursday, 8 March 2012

Program Sepetang Bersama Menteri Besar Terengganu

Tarikh : 19 Februari 2012
Masa  : 5.00 petang
Tempat : Kg Tasik Tok Lebai

Maulid Nabi di Masjid Kg Gong Nangka

Bertempat di Masjid Kg Gong Nangka, JKKK Gong Nangka dengan kerjasama penduduk tempatan telah mengadakan majlis sambutan maulid Nabi Muhammad s.a.w pada 21/02/2012. Majlis bermula seawal pagi dengan kerja - kerja penyediaan bahan masakan untuk membuat menu utama iaitu gulai lembu.

Pada waktu malamnya, selepas waktu Isyak, telah diadakan Selawat Nabi s.a.w dan tahlil. Hadirin yang hadir selepas itu dijamu dengan makanan yang telah disediakan.

Berikut beberapa gambar yang sempat diambil semasa majlis tersebut berjalan:-)


GAMBAR2....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...