Monday, 23 July 2012

PROGRAM BAKTI REMAJA SIRI III 2012

PEMBERIAN DANA BAGI PROGRAM BAKTI REMAJA UNTUK SIRI KE 3 TELAH DIADAKAN PADA

19 JULAI 2012 BERSAMAAN 29 SYAABAN 1433 HIJRAH,
HARI KHAMIS,
BERTEMPAT DI DEWAN SIVIK JABI.

MASA : JAM 11.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG.





PROGRAM SANTAI BERSAMA YB AHLI PARLIMEN SETIU

PROGRAM SANTAI BERSAMA YB DATO' HAJI MOHD JIDIN BIN SHAFEE (AHLI PARLIMEN SETIU) MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN SETIU.

TARIKH : 14 JULAI 2012 BERSAMAAN 24 SYAABAN 1433 HIJRAH
HARI : SABTU
MASA : 9.00 MALAM HINGGA 12.00 TENGAH MALAM
TEMPAT : PERKARANGAN PEJABAT PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT AHLI PARLIMEN SETIU DUN JABI, PEKAN RENEK
PESTA MAKAN DURIAN DAN BARBEQUE
ANJURAN : PEJABAT PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT AHLI PARLIMEN SETIU BERSAMA APMT DUN JABI


MERIAH...ramai juga yang datang....

Pegawai Penyelaras UMNO Parlimen Setiu Dun Jabi,En Abdullah Mat Amin,sempat bergambar  bersama  pengunjung yang hadir

TURUN PADANG...YB Ahli Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin bin Shafee hadir memeriahkan majlis

MENDAPAT SAMBUTAN...bakar ayam sambil posing ambik gambar...

Monday, 16 July 2012

OBJEKTIF PENUBUHAN APMT


Objektif penubuhan APMT adalah seperti berikut:

(i)                  Melahirkan pemimpin masyarakat yang berpengetahuan dan berketerampilan
(ii)                Sebagai agensi yang memantau isu-isu semasa disemua peringkat
(iii)               Memfokus dan mengemaskini daftar pemilih (SPR)
(iv)              Memberi penerangan kepada masyarakat mengenai dasar kerajaan dan isu-isu semasa
(v)                Menyalur maklumat mengenai keperluan masyarakat dari segi pembangunan social dan ekonimi kepada agensi yang berkenaan
(vi)              Memantau keberkesanan program pembangunan di peringkat bawahan
          

LATAR BELAKANG APMT





Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam mesyuarat kali ke 25 Tahun 2004 pada 11/08/2004 telah bersetuju menubuhkan U-BEST. Cadangan penubuhan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) bagi menggantikan Unit Bestari (U-BEST).

APMT sebagai pemangkin hasrat kerajaan negeri menjadikan masyarakat yang komprehensif serta melakukan anjakan paradigma masyarakat. APMT adalah sebuah Agensi Kerajaan Negeri yang menjadi penghubung antara masyarakat dan Kerajaan Negeri dalam bentuk masyarakat yang bersatu padu, berpatriotik dan beretika.

APMT berusaha membentuk personal yang mampu berkomunikasi secara efektif, jujur, merealisasikan misi dan visi kerajaan negeri untuk merakyatkan pentadbiran dan pembangunan Negeri Terengganu.
     
Di samping itu, APMT ini adalah satu jentera kerajaan yang menjadi pelengkap, penambah dan pencepat kepada jentera kerajaan negeri dan persekutuan yang sedia ada dalam membentuk masyarakat yang mengutamakan keghairahan terhadap ilmu dan juga penganjuran kesedaran di kalangan mereka untuk menghormati kebebasan iaitu kebebasan daripada sebarang belenggu ketaksuban fahaman politik sempit.

IKRAR APMT


Kami kakitangan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu berikrar bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan kerajaan,kami akan patuh dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan seperti yang terkandung di bawah semasa menjalankan tugas-tugas:


Kami akan:
  1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
  2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab
  3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
  4. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
  5. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
  6. Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
  7. Berpegang teguh kepada ajaran agama 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...