Monday 16 July 2012

LATAR BELAKANG APMT





Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam mesyuarat kali ke 25 Tahun 2004 pada 11/08/2004 telah bersetuju menubuhkan U-BEST. Cadangan penubuhan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) bagi menggantikan Unit Bestari (U-BEST).

APMT sebagai pemangkin hasrat kerajaan negeri menjadikan masyarakat yang komprehensif serta melakukan anjakan paradigma masyarakat. APMT adalah sebuah Agensi Kerajaan Negeri yang menjadi penghubung antara masyarakat dan Kerajaan Negeri dalam bentuk masyarakat yang bersatu padu, berpatriotik dan beretika.

APMT berusaha membentuk personal yang mampu berkomunikasi secara efektif, jujur, merealisasikan misi dan visi kerajaan negeri untuk merakyatkan pentadbiran dan pembangunan Negeri Terengganu.
     
Di samping itu, APMT ini adalah satu jentera kerajaan yang menjadi pelengkap, penambah dan pencepat kepada jentera kerajaan negeri dan persekutuan yang sedia ada dalam membentuk masyarakat yang mengutamakan keghairahan terhadap ilmu dan juga penganjuran kesedaran di kalangan mereka untuk menghormati kebebasan iaitu kebebasan daripada sebarang belenggu ketaksuban fahaman politik sempit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...