Sunday, 29 April 2012

Bengkel Cyber Troopers

Bengkel Cyber Troopers anjuran bersama Unit Media Baru (Unit Komunikasi Negeri Terengganu) dengan kerjasama APMT Negeri Terengganu telah diadakan pada 25 hingga 27 April bertempat di Kuala Lumpur International Hotel. Peserta yang terlibat adalah seramai kira - kira 80 orang yang terdiri daripada staff - staff APMT di peringkat Dun dan Parlimen. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk melatih para peserta untuk membina blog dan bergiat sebagai troopers cyber di alam maya. Diharapkan bengkel ini dapat sedikit sebanyak memupuk minat para peserta untuk bergiat secara aktif untuk berblog dan aktif di alam maya.


bengkel cyber troopers APMT 2012
Peserta khusyuk mendengar taklimat

peserta menunggu kehadiran penceramah

fokus

sesi pembentangan
Kuala Lumpur pada waktu malam

Kuala Lumpur pada waktu siang

Tuesday, 24 April 2012

Gotong - Royong Bulan April PDM Tempinis

Tarikh ; 20 April 2012 (Jumaat)
Masa ; 8.30 Pagi
Tempat ; Surau & Kubur Kg Gong Berangan

gotong - royong bersih kubur


memotong rumput di kubur

antara yang hadir


BR1M SIRI 6

Pembahagian BR1M bagi siri 6 telah diadakan pada 22 April 2012 bertempat di Dewan Pelajaran Daerah Setiu. Pembahagian BR1M kali ini adalah di peringkat Parlimen Setiu melibatkan 4 Dun yang terlibat iaitu Dun Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit. Seramai kira - kira 1500 orang penerima BR1M terlibat dalam pembahagian BR1M kali ini yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Y.B Dato' Mohd Jidin bin Shafee. Kebanyakan penerima BR1M kali ini adalah daripada individu yang lulus rayuan yang telah diisi sebelum ini.

penerima BR1M mengambil baucar

petugas yang sentiasa sabar dan dedikasi terhadap tugas

penerima BR1M didalam dewan

penerima BR1M siri 6


Y.B Dato' Ahli Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin bin Shafee menyampaikan ucapan

Y.B Dato' menyampaikan ucapan

penerima BR1M mendengar ucapan daripada Y.B Ahli Parlimen Setiu





proses pembayaran BR1M berjalan dengan lancar




Pegawai Penyelaras Ahli Parlimen Setiu Dun Jabi, En Abdullah bin Mat Amin


Sunday, 8 April 2012

BBQ & Ngail APMT Dun Jabi

10 perkara yang perlu diketahui oleh MELAYU ISLAM mengenai DAP

Sambungan...

KEENAM
ADUN DAP, Teresa Kok telah mengarahkan imam di sebuah masjid di Selangor agar tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan Subuh kerana menggangu ketenteraman awam. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA kerana perbuatannya itu mengancam keselamatan negara.

KETUJUH
Kerajaan DAP Pulau Pinang telah merobohkan banyak gerai orang Melayu dan dalam masa terdekat beberapa kampung tradisional Melayu di kawasan pulau sedang menunggu nasib untuk dirobohkan. Alasan yang diberi adalah untuk tujuan "pembangunan". Sebenarnya mereka memiliki niat jahat untuk menghalau orang Melayu dari kawasan pulau.

KELAPAN
11 Adun DAP enggan mengikut etika berpakaian disebabkan tidak mahu memakai songkok. Bagi mereka songkok hanya sesuai untuk orang Islam sahaja bukannya mereka. Mereka langsung tidak menghormati adab berpakaian seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan Persekutuan dan Negeri.

Ketua Pembangkang DUN Sarawak, Wong Ho Leng, mengetuai 11 Adun dari DAP,tidak memakai pakaian istiadat pembukaan Sidang DUN, dengan mendakwa pakaian berkenaan mempunyai songkok bercirikan Islam. Tindakan itu dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat negeri ini sedangkan empat lagi ADUN PKR dan BEBAS memakainya.

Seorang ADUN DAP telah dihalau keluar dari dewan oleh Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar semasa pembukaan sidang DUN Johor pada 2008 kerana enggan mematuhi etika berpakaian kerana enggan memakai songkok (perkauman).

KESEMBILAN
DAP mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia. Alasan yang diberikan ialah Chin Peng yang sudah tua tidak mampu lagi mengancam keselamatan negara. DAP sanggup menutup mata di atas kekejaman yang dilakukan oleh PKM semasa pemberontakan mereka dahulu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan ke-4 Parti Komunis Malaya PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar,bukannya 25 anggota POLIS dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan JAHAT di balai polis itu.

KESEPULUH
DAP mengamalkan politik perkauman yang sangat bahaya. Setiap kali PRU dan pilihanraya kecil diadakan, mereka akan meniupkan api perkauman dengan modal bahawa kerajaan tidak melayan kaum Cina dengan adil dan memberi keistimewaan lebih kepada kaum bumiputera. Mereka menghasut rakyat khususnya kaum Cina untuk membenci kerajaan dan orang Melayu. Sepatutnya DAP ini DIHARAMKAN dan DIHALAU KELUAR DARI MALAYSIA kerana telah memecah belahkan perpaduan kaum.

p/s-persoalannya adalah, SIAPA yang sekarang ini berkawan dengan DAP ini.Jawab sendirilah.Masing - masing ada akal untuk berfikir.Hanya yang tak mahu guna akal sahaja yang masih JAHIL dan TIDAK SEDARKAN DIRI.Fikir - fikirkan.
PERJUANGAN BELUM SELESAI...

Saturday, 7 April 2012

10 perkara yang perlu diketahui oleh MELAYU ISLAM mengenai DAP

PERTAMA
DAP yang ditubuhkan pada 1966 sebenarnya adalah parti cawangan PAP (parti pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura) di Malaysia. Kemasukan Singapura ke dalam Malaysia pada 1963 telah menimbulkan konflik antara Kerajaan Perikatan dengan PAP kerana PAP telah memainkan sentimen perkauman dan memperkenalkan slogan "Malaysian Malaysia" (mendesak hak sama rata untuk semua kaum).

Sentimen perkauman berterusan yang dimainkan oleh PAP telah menyebabkan Singapura disingkirkan dari Malaysia pada 1965. PAP telah memohon untuk terus bergiat aktif di Malaysia tetapi ditolak oleh Kerajaan Malaysia. Oleh itu, PAP telah menubuhkan cawangannya di Malaysia iaitu DAP, untuk meneruskan perjuangannya (DAP=PAP). PAP berjaya melahirkan proksinya bagi mengatur strategi politiknya untuk memecahkan penguasaan Melayu di Malaysia. 

KEDUA 
PAP pernah meletakkan calonnya menentang parti Perikatan pada pilihanraya Umum 1964. PAP bertanding di 9 kerusi dan telah memenangi 1 kerusi melalui calonnya C.V Devan Nair. Penyertaan PAP ini telah mendapat bantahan keras daripada Perikatan. PAP berhasrat menggantikan MCA sebagai juara suara kaum Cina. 

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi, pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. 

Oleh itu, Devan Nair menggunakan nama baru iaitu "Parti Tindakan Demokratik" atau DAP. Pada 3 Mac 1966 surat dari Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang - undang Pendaftaran Persatuan. 

KETIGA 
DAP dan Parti Gerakan (sebelum menyertai BN) didakwa menjadi dalang dalam mencetuskan peristiwa rusuhan kaum 13 MEI 1969. Kejayaan menawan Pulau Pinang dan memenangi beberapa kerusi di Selangor dan Perak pada Pilihanraya Umum 1969 telah mencetuskan rasa keterujaan yang hebat dikalangan penyokong mereka. 

Penyokong mereka telah melakukan perarakan kemenangan di Kuala Lumpur dan apabila melalui kawasan Melayu mereka telah mengeluarkan kata-kata menghina kaum Melayu. Perarakan balas telah dilakukan oleh Penyokong UMNO untukj meraikan kemenangan Perikatan memenangi Pilihanraya Umum 1969 itu.

Penyokong UMNO telah berkumpul di hadapan rumah MB Selangor Datuk Harun Idris di Kampung Baru. Berita rombongan penyokong UMNO dari Gombak yang sedang menuju ke rumah Datuk Harun diserang oleh pelampau Cina telah menyebabkan berlakunya tindak balas dari orang Melayu. Lalu berlakulah peristiwa berdarah paling buruk dalam sejarah negara. 

KEEMPAT
DAP pernah menderhaka kepada Sultan Perak apabila mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah ADUN. Ini kerana DAP tidak berpuas hati kerana wakilnya tidak dilantik sebagai MB Perak walaupun DAP memenangi kerusi terbanyak dalam PRU 2008. Jawatan MB diserahkan kepada PAS (Nizar Jamaluddin) kerana Undang Tubuh Negeri Perak mengkehendaki hanya orang Melayu sahaja yang boleh memegang jawatan MB.

KELIMA 
DAP sekali lagi menderhaka kepada Sultan Perak apabila Pengerusinya Karpal Singh telah menggugut akan menyaman baginda kerana tidak berpuas hati dengan baginda yang tidak memperkenankan permohonan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN Perak. Ini kerana 3 DUN PR telah mengisytiharkan diri mereka sebagai Bebas yang menyokong BN. Ini menyebabkan kerajaan PR tumbang di Perak selepas 11 bulan memerintah. 

bersambung...
5 lagi bakal menyusul...nantikannya...!!!
Dipetik daripada sumber.


Program Santai BBQ PEMUDA & BELIA PDM APAL di Bangsal Silat Kg Gerong


Makan Malam dan Gotong Royong APMT Parlimen Setiu 2012

Pada 27 dan 28 March 2012 yang lalu, APMT Parlimen Setiu telah mengadakan Majlis Makan Malam dan juga aktiviti Gotong Royong di Bukit Kecil, Langkap. Program ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Ketua - Ketua Penyelia APMT 2012. Program ini juga telah mendapat kerjasama JKKK Kawasan Bukit Kecil dan dihadiri oleh semua komuniti Bukit Kecil.












KURSUS KPTO APMT PARLIMEN SETIU 2012

Pada 1 - 3 April 2012 (Ahad hingga Selasa), bertempat di Marang Village Resort & Spa, Kelulut, Marang telah diadakan Kursus Pemantapan Organisasi APMT bagi Parlimen Setiu 2012. Kursus ini melibatkan peserta (penjawat APMT) dari Parlimen Setiu.
Antara pengisian program adalah ceramah mengenai Ancaman Keselamatan Negara, Jatuh Bangun Sebuah Empayar, Islam Agama Persekutuan dan juga diadakan bengkel berkaitan dengan SWOT Analysis. Matlamat kursus adalah untuk memastikan setiap peserta jelas dan tahu tujuan bekerja dan mempersiapkan jentera bagi menghadapi PRU 13.
Diharapkan program sebegini diteruskan pada masa - masa akan datang.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...