Saturday 7 April 2012

10 perkara yang perlu diketahui oleh MELAYU ISLAM mengenai DAP

PERTAMA
DAP yang ditubuhkan pada 1966 sebenarnya adalah parti cawangan PAP (parti pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura) di Malaysia. Kemasukan Singapura ke dalam Malaysia pada 1963 telah menimbulkan konflik antara Kerajaan Perikatan dengan PAP kerana PAP telah memainkan sentimen perkauman dan memperkenalkan slogan "Malaysian Malaysia" (mendesak hak sama rata untuk semua kaum).

Sentimen perkauman berterusan yang dimainkan oleh PAP telah menyebabkan Singapura disingkirkan dari Malaysia pada 1965. PAP telah memohon untuk terus bergiat aktif di Malaysia tetapi ditolak oleh Kerajaan Malaysia. Oleh itu, PAP telah menubuhkan cawangannya di Malaysia iaitu DAP, untuk meneruskan perjuangannya (DAP=PAP). PAP berjaya melahirkan proksinya bagi mengatur strategi politiknya untuk memecahkan penguasaan Melayu di Malaysia. 

KEDUA 
PAP pernah meletakkan calonnya menentang parti Perikatan pada pilihanraya Umum 1964. PAP bertanding di 9 kerusi dan telah memenangi 1 kerusi melalui calonnya C.V Devan Nair. Penyertaan PAP ini telah mendapat bantahan keras daripada Perikatan. PAP berhasrat menggantikan MCA sebagai juara suara kaum Cina. 

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi, pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. 

Oleh itu, Devan Nair menggunakan nama baru iaitu "Parti Tindakan Demokratik" atau DAP. Pada 3 Mac 1966 surat dari Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang - undang Pendaftaran Persatuan. 

KETIGA 
DAP dan Parti Gerakan (sebelum menyertai BN) didakwa menjadi dalang dalam mencetuskan peristiwa rusuhan kaum 13 MEI 1969. Kejayaan menawan Pulau Pinang dan memenangi beberapa kerusi di Selangor dan Perak pada Pilihanraya Umum 1969 telah mencetuskan rasa keterujaan yang hebat dikalangan penyokong mereka. 

Penyokong mereka telah melakukan perarakan kemenangan di Kuala Lumpur dan apabila melalui kawasan Melayu mereka telah mengeluarkan kata-kata menghina kaum Melayu. Perarakan balas telah dilakukan oleh Penyokong UMNO untukj meraikan kemenangan Perikatan memenangi Pilihanraya Umum 1969 itu.

Penyokong UMNO telah berkumpul di hadapan rumah MB Selangor Datuk Harun Idris di Kampung Baru. Berita rombongan penyokong UMNO dari Gombak yang sedang menuju ke rumah Datuk Harun diserang oleh pelampau Cina telah menyebabkan berlakunya tindak balas dari orang Melayu. Lalu berlakulah peristiwa berdarah paling buruk dalam sejarah negara. 

KEEMPAT
DAP pernah menderhaka kepada Sultan Perak apabila mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah ADUN. Ini kerana DAP tidak berpuas hati kerana wakilnya tidak dilantik sebagai MB Perak walaupun DAP memenangi kerusi terbanyak dalam PRU 2008. Jawatan MB diserahkan kepada PAS (Nizar Jamaluddin) kerana Undang Tubuh Negeri Perak mengkehendaki hanya orang Melayu sahaja yang boleh memegang jawatan MB.

KELIMA 
DAP sekali lagi menderhaka kepada Sultan Perak apabila Pengerusinya Karpal Singh telah menggugut akan menyaman baginda kerana tidak berpuas hati dengan baginda yang tidak memperkenankan permohonan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN Perak. Ini kerana 3 DUN PR telah mengisytiharkan diri mereka sebagai Bebas yang menyokong BN. Ini menyebabkan kerajaan PR tumbang di Perak selepas 11 bulan memerintah. 

bersambung...
5 lagi bakal menyusul...nantikannya...!!!
Dipetik daripada sumber.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...