Sambungan...
KEENAM
ADUN DAP, Teresa Kok telah mengarahkan imam di sebuah masjid di Selangor agar tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan Subuh kerana menggangu ketenteraman awam. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA kerana perbuatannya itu mengancam keselamatan negara.
KETUJUH
Kerajaan DAP Pulau Pinang telah merobohkan banyak gerai orang Melayu dan dalam masa terdekat beberapa kampung tradisional Melayu di kawasan pulau sedang menunggu nasib untuk dirobohkan. Alasan yang diberi adalah untuk tujuan "pembangunan". Sebenarnya mereka memiliki niat jahat untuk menghalau orang Melayu dari kawasan pulau.
KELAPAN
11 Adun DAP enggan mengikut etika berpakaian disebabkan tidak mahu memakai songkok. Bagi mereka songkok hanya sesuai untuk orang Islam sahaja bukannya mereka. Mereka langsung tidak menghormati adab berpakaian seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan Persekutuan dan Negeri.
Ketua Pembangkang DUN Sarawak, Wong Ho Leng, mengetuai 11 Adun dari DAP,tidak memakai pakaian istiadat pembukaan Sidang DUN, dengan mendakwa pakaian berkenaan mempunyai songkok bercirikan Islam. Tindakan itu dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat negeri ini sedangkan empat lagi ADUN PKR dan BEBAS memakainya.
Seorang ADUN DAP telah dihalau keluar dari dewan oleh Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar semasa pembukaan sidang DUN Johor pada 2008 kerana enggan mematuhi etika berpakaian kerana enggan memakai songkok (perkauman).
KESEMBILAN
DAP mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia. Alasan yang diberikan ialah Chin Peng yang sudah tua tidak mampu lagi mengancam keselamatan negara. DAP sanggup menutup mata di atas kekejaman yang dilakukan oleh PKM semasa pemberontakan mereka dahulu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan ke-4 Parti Komunis Malaya PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar,bukannya 25 anggota POLIS dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan JAHAT di balai polis itu.
KESEPULUH
DAP mengamalkan politik perkauman yang sangat bahaya. Setiap kali PRU dan pilihanraya kecil diadakan, mereka akan meniupkan api perkauman dengan modal bahawa kerajaan tidak melayan kaum Cina dengan adil dan memberi keistimewaan lebih kepada kaum bumiputera. Mereka menghasut rakyat khususnya kaum Cina untuk membenci kerajaan dan orang Melayu. Sepatutnya DAP ini DIHARAMKAN dan DIHALAU KELUAR DARI MALAYSIA kerana telah memecah belahkan perpaduan kaum.
p/s-persoalannya adalah, SIAPA yang sekarang ini berkawan dengan DAP ini.Jawab sendirilah.Masing - masing ada akal untuk berfikir.Hanya yang tak mahu guna akal sahaja yang masih JAHIL dan TIDAK SEDARKAN DIRI.Fikir - fikirkan.
PERJUANGAN BELUM SELESAI...
No comments:
Post a Comment