Thursday, 16 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

WARGA APMT DUN JABI DENGAN INI MENGAMBIL KESEMPATAN INGIN MENGUCAPKAN 






SALAM AIDILFITRI

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS 
MAAF ZAHIR DAN BATIN


1 SYAWAL 1433 H


AGENSI PEMBANGUNAN MASYARAKAT TERENGGANU (APMT)
DUN JABI
NO.4B BANGUNAN MDB,
PEKAN RENEK
22020 JERTEH,
TERENGGANU.

MAJLIS BERBUKA PUASA SURAU GONG NIBUNG

TARIKH : 14 / 8 / 2012

MASA : 7.00 MALAM

TEMPAT : SURAU GONG NIBUNG



MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID TASIK TOK LEBAI

JABI (KG TASIK TOK LEBAI), 11/08/2012 - SATU MAJLIS BERBUKA PUASA TELAH DIADAKAN DI MASJID TASIK TOK LEBAI YANG DIANJURKAN OLEH AJK MASJID DAN JKKK KG TASIK TOK LEBAI. MAJLIS INI DIADAKAN BAGI MERAIKAN BULAN RAMADHAN DAN PADA MASA YANG SAMA MERAIKAN PENDUDUK SETEMPAT DENGAN MAJLIS BERBUKA PUASA. MAJLIS BERMULA JAM 7.00 MALAM DIMULAKAN DENGAN TAHLIL DAN BACAAN DOA.





PROGRAM BUBUR LAMBUK BERSAMA PERGERAKAN PEMUDA/PUTERI & APMT JABI 2012

JABI (KG PONDOK PAKU), 9/8/2012 : SATU PROGRAM MEMBUAT BUBUR LAMBUK YANG MELIBATKAN PERGERAKAN PEMUDA DAN PUTERI DUN JABI BERSAMA APMT TELAH DIADAKAN DI SURAU KG PONDOK PAKU.

KAWAH PANAS....kawah dipanaskan terlebih dahulu sebelum bahan-bahan dimasukkan
PROGRAM SEUMPAMA INI DIADAKAN BAGI MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA BARISAN PIMPINAN PEMUDA DAN PUTERI DAN JUGA STAFF-STAFF APMT DUN JABI.

BAHAN...menyiapkan sukatan bahan-bahan dengan betul dan penuh  ketelitian
PADA MASA YANG SAMA JUGA BUBUR LAMBUK YANG TELAH SIAP DIMASAK DIEDARKAN KEPADA PENDUDUK SETEMPAT. PROGRAM INI BERMULA SEAWAL JAM 9.30 PAGI DENGAN DIHADIR OLEH SEMUA BARISAN PIMPINAN PEMUDA,PUTERI DAN APMT.

PROGRAM MURNI INI DIADAKAN SETIAP TAHUN PADA BULAN RAMADHAN DAN TELAH MENJADI PROGRAM RUTIN BAGI PERGERAKAN PEMUDA DAN PUTERI DALAM DUN JABI PADA SETIAP RAMADHAN.



KAUM WANITA...turun padang sama-sama membantu menyiapkan bahan 

Thursday, 9 August 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA DUN JABI BERSAMA YB AHLI PARLIMEN SETIU

TARIKH : 8/8/2012 BERSAMAAN 19 RAMADHAN 1433 HIJRAH

HARI : RABU

MASA : JAM 6.00 PETANG

TEMPAT : PEJABAT PENYELARAS UMNO PARLIMEN SETIU DUN JABI, PEKAN RENEK

MERIAH...antara hadirin yang hadir memeriahkan majlis
SATU MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT DUN JABI BERSAMA YB AHLI PARLIMEN SETIU, DATO' MOHD JIDIN BIN HJ SHAFEE, TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA DENGAN KEHADIRAN LEBIH 500 ORANG TETAMU HADIR BERBUKA PUASA. MAJLIS MURNI SEUMPAMA INI DILAKUKAN SETIAP TAHUN KETIKA BULAN RAMADHAN BAGI MERAIKAN WARGA JABI DENGAN MAJLIS BERBUKA PUASA YANG CUKUP MERIAH.

SABAR....menunggu waktu berbuka sambil berbual-bual
SEBELUM BERBUKA, MAJLIS DIMULAKAN TERLEBIH DAHULU DENGAN KESUDIAN YB DATO' MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA IMAM DAN BILAL MASJID-MASJID DUN JABI. SUMBANGAN ADALAH BERUPA KAIN UNTUK MEMBUAT JUBAH, KURMA DAN AIR ZAM-ZAM.

SUMBANGAN...YB Dato' Mohd Jidin Bin Shafee menyampaikan sumbangan kepada wakil Imam/Bilal masjid
SELEPAS ITU, MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR SERAMAI 25 ORANG. SUMBANGAN ADALAH BERUPA BARANGAN KEPERLUAN DAPUR SEPERTI BERAS, MINYAK, GULA DAN LAIN-LAIN.

YB DATO' AHLI PARLIMEN SETIU menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir

TEPAT JAM 7.27, SEMUA HADIRIN BERBUKA PUASA BERSAMA HIDANGAN YANG TELAH DISEDIAKAN.

SEMOGA PROGRAM SEUMPAMA INI AKAN DAPAT DILAKSANAKAN LAGI PADA MASA - MASA AKAN DATANG.

MANGSA BANJIR... warga siam turut diberikan sumbangan oleh YB Dato'


MESYUARAT BULAN OGOS APMT DUN JABI 2012

TARIKH : 7/8/2012

HARI : SELASA

MASA : JAM 3.00 PETANG

TEMPAT : PEJABAT APMT PEKAN RENEK

SEPERTI BIASA, MESYUARAT APMT BULANAN DIADAKAN BAGI MEMBINCANGKAN SEGALA PERKARA YANG DIBAWA SEBAGAI AGENDA MESYUARAT. ANTARA PERKARA-PERKARA UTAMA YANG DIBINCANGKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

1.PERSIAPAN BAGI MENGALU-ALUKAN LAWATAN PENGARAH KE APMT DUN JABI
2. PERSIAPAN BAGI PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA YB AHLI PARLIMEN SETIU

KHUSYUK...mendengar taklimat ringkas oleh Tn Hj Ismail B Saamah

PERKARA-PERKARA LAIN YANG MENJADI KEUTAMAAN PERBINCANGAN DALAM MESYUARAT KALI INI SEPERTI :-

1.BANCIAN SIKAP
2. PENGUNDI LUAR
3. DAFTAR PEMILIH
4. ISU-ISU SEMASA
5. PERANCANGAN DAN PENETAPAN TARIKH PROGRAM BERBUKA PUASA APMT BERSAMA WARGA PAKR ANAK IKAN YANG DIJANGKA PADA 13HB OGOS 2012 NANTI.

TEKUN...tekun mendengar taklimat DAN AMANAT
MESYUARAT PADA KALI INI JUGA DIHADIRI OLEH KETUA PENYELIA APMT PARLIMEN SETIU IAITU TUAN HAJI ISMAIL BIN SAAMAH. BELIAU MEMBERI SEDIKIT TAKLIMAT MENGENAI PERSIAPAN YANG SEPATUTNYA DIBUAT BAGI MENYAMBUT KEHADIRAN PENGARAH APMT KE APMT JABI NANTI. BELIAU JUGA MENYENTUH MENGENAI BEBERAPA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB APMT YANG PERLU BERJALAN DARI MASA KE MASA.

MESYUARAT DITANGGUHKAN TEPAT JAM 5.00 PETANG.

KEHADIRAN...antara staff APMT yang hadir


Wednesday, 8 August 2012

PEMBAHAGIAN DANA RAYA BAGI PDM BUKIT JEROK 2012

BERATUR...beratur menunggu giliran untuk menerima bayaran
 PADA 7/8/2012, HARI SELASA, JAM 10.00 PAGI BERTEMPAT DI MASJID ANAK MUSANG, TELAH BERLANGSUNGNYA MAJLIS PENGAGIHAN DANA RAYA BAGI KAWASAN PDM BUKIT JEROK. PENGAGIHAN DANA INI DISEMPURNAKAN OLEH PARA PEGAWAI DARI PEJABAT DAERAH BESUT DENGAN KERJASAMA PEMUDA DAN PUTERI DUN JABI.

PENERIMA....sabar menunggu sambil berbual-bual

SEMAKAN...penerima membuat semakan nama
 PENGAGIHAN DANA RAYA PADA KALI INI MELIBATKAN 4 PENERIMA IAITU:-
1. GOLONGAN MISKIN/BERPENDAPATAN RENDAH
2. WARGA EMAS
3. ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
4. IBU TUNGGAL DAN DUDA
BERATUR PANJANG...antara penerima yang hadir
PENGAGIHAN DANA RAYA INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA LANGKAH MURNI KERAJAAN NEGERI BAGI MEMBANTU GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN BAGI MEMBUAT PERSIAPAN MENJELANG AIDILFITRI.

PIHAK ADMIN INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA BARISAN PIMPINAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU YANG DIKETUAI OLEH YAB DATO' SERI AHMAD BIN SAID KERANA MENERUSKAN KESINAMBUNGAN BANTUAN KEPADA RAKYAT NEGERI TERENGGANU SESUAI DENGAN SLOGAN KERAJAAN NEGERI IAITU "MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN". SEMOGA PROGRAM MURNI SEUMPAMA INI AKAN DAPAT DITERUSKAN PADA MASA-MASA AKAN DATANG.INSYAALLAH.

PENYALURAN DANA RAYA PDM TOK DOR 2012




BERATUR...Sabar menunggu giliran
PADA 6/8/2012,JAM 10.00 PAGI,HARI ISNIN BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1433 H, BERTEMPAT DI MASJID TOK DOR, TELAH DIADAKAN MAJLIS PENYAMPAIAN DANA RAYA AIDILFITRI KEPADA PARA PENERIMA DARI KAWASAN PDM TOK DOR.

GILIRAN...beratur menunggu giliran masing-masing
PARA PENERIMA DANA RAYA TERDIRI DARIPADA ORANG MISKIN/BERPENDAPATAN RENDAH, ORANG KELAINAN UPAYA (OKU), WARGA EMAS DAN IBU TUNGGAL SERTA DUDA. 

SEMAK....petugas menyemak nama penerima
 PENYALURAN DANA RAYA INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA INISIATIF KERAJAAN NEGERI TERENGGANU BAGI MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA YANG LAYAK BAGI MEMBANTU MENGURANGKAN BEBAN KEWANGAN MEREKA MENJELANG SYAWAL.

PELBAGAI LATAR BELAKANG...penerima terdiri daripada pelbagai golongan dan latar belakang


Tuesday, 7 August 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA PDM TANAH MERAH 2012

WAKTU BERBUKA...sabar menunggu
PADA 6/8/2012,BERSAMAAN DENGAN 17 RAMADHAN 1433 H, HARI ISNIN, JAM 7.00 MALAM, BERTEMPAT DI MASJID KG TANAH MERAH, JKKK KG TANAH MERAH DENGAN KERJASAMA AJK MASJID KG TANAH MERAH TELAH MENGADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA YANG JUGA TURUT DISERTAI OLEH ANAK-ANAK YATIM PERKAYA.

LAUK PAUK...Menghidangkan lauk bagi setiap hidangan
 PIHAK MASJID JUGA MENYEDIAKAN SEDIKIT JUADAH UNTUK BERBUKA IAITU DAGING SINGGANG, DAGING GORENG, KURMA, DAN AIR BANDUNG

MERAIKAN ANAK YATIM...antara anak-anak yatim PERKAYA yang hadir
 MAJLIS INI JUGA TURUT MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM PERKAYA YANG DIBAWA DARI PONDOK PAKU,KERANDANG

KEMERIAHAN...suasana semasa berbuka..meriah
SEMOGA MAJLIS MURNI INI DAPAT DITERUSKAN PADA MASA-MASA AKAN DATANG DAN MENDAPAT SAMBUTAN YANG BAIK DARI SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT.

GOTONG - ROYONG APMT DUN JABI

PADA 5/8/2012,HARI AHAD MALAM ISNIN, JAM 10.00 MALAM, STAFF APMT DUN JABI TELAH MENGAMBIL INISIATIF DENGAN MENGADAKAN GOTONG - ROYONG BAGI MEMBERSIHKAN DAN MENCERIAKAN PEJABAT APMT. AKTIVITI INI DILAKUKAN BAGI MENCERIAKAN PEJABAT DAN BAGI PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN PENGARAH APMT NEGERI TERENGGANU,TUAN HAJI ROSHALI BIN TAHA. 

MENYAPU SAMPAH...rajin sapu sampah,amalan mulia

ANTARA AKTIVITI YANG DIBUAT ADALAH MENYAPU SAMPAH, MEMASANG LANGSIR,MENGELAP LANTAI DLL.

SUSUNAN FAIL....fail-fail yang ada disusun didalam almari
 FAIL-FAIL PEJABAT JUGA DISUSUN DENGAN RAPI

ALMARI BARU...Susunan fail ditempat almari yang baru
 LANGSIR JUGA DIPASANG BAGI MENAMBAHKAN LAGI KECERIAAN PEJABAT
PASANG LANGSIR...Petugas yang memasang langsir

PIHAK PEJABAT INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR MEMBANTU KECERIAAN PEJABAT DAN BEKERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN
CUBAAN...cubaan memasang langsir sambil bergaya

MAJLIS BERBUKA PUASA STAFF APMT JABI 2012

PADA 5/8/2012,HARI AHAD,JAM 7.00 MALAM, BERTEMPAT DI MEDAN SELERA KEROPOK LEKOR LOSONG, APMT DUN JABI TELAH MENGADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA STAFF-STAFF APMT YANG MELIBATKAN PARA PEMBANTU DAN JUGA SLG. MAJLIS INI JUGA DISERTAI OLEH TUAN HAJI ISMAIL BIN SAAMAH, SELAKU KETUA PENYELIA APMT BAGI PARLIMEN SETIU.

SABAR...menunggu waktu berbuka
PARA STAFF DAN SLG APMT BERKUMPUL DI MEDAN SELERA KEROPOK LEKOR SEKITAR JAM 7.00 MALAM. MAJLIS BERBUKA PUASA INI ADALAH UNTUK MERAIKAN STAFF DISAMPING MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA MEREKA.

VVIP...antara tetamu jemputan yang hadir
MAJLIS INI JUGA TURUT DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN WAKIL UMNO PARLIMEN SETIU DAN WAKIL PEMUDA DUN JABI.

KEHADIRAN...antara staff wanita yang hadir

MAJLIS INI JUGA TURUT DISERTAI OLEH PEGAWAI JASA DUN,EN, SHAHRUL.

DUDUK SEMEJA...wakil JASA, bersama KP APMT dan staff APMT

ANTARA HIDANGAN YANG DISEDIAKAN OLEH MEDAN SELERA KEROPOK LOSONG ADALAH SEPERTI IKAN SIAKAP TIGA RASA, AYAM MASAK MERAH, TOM YAM, DAGING AYAM GORENG, TELUR DADAR. AIR PULA AIR TEMBIKAI DAN AIR LIMAU NIPIS.

JUADAH ISTIMEWA...Hidangan yang menyelerakan

Sunday, 5 August 2012

PEMBAHAGIAN DANA RAYA PDM TANAH MERAH 2012

Pada 5/8/2012,Hari Ahad,Jam 9.00 pagi,bertempat di Dewan Sivik Kg Tanah Merah, telah diadakan Majlis Pembahagian Duit Dana Raya bagi kawasan PDM Tanah Merah bagi tahun 2012. Majlis yang diadakan dengan kerjasama Pemuda Dun Jabi dan Pejabat Daerah Besut ini diadakan bertujuan untuk menyalurkan Dana Raya kepada 4 golongan sasaran utama iaitu:-

1. Golongan Miskin/Berpendapatan Rendah
2. Golongan Warga Emas
3. Golongan OKU (Orang Kelainan Upaya)
4. Golongan Ibu Tunggal/Duda

SEMAK...menyemak nama-nama penerima dana raya
Majlis ini berlangsung secara ringkas dengan permulaannya dimulakan dengan ceramah ringkas yang disampaikan oleh YB Dun Jabi,YB Ramlan bin Ali. Selepas ceramah, penerima dana dibahagikan mengikut cawangan dan jkkk masing-masing.Cawangan / JKKK yang terlibat bagi PDM Tanah Merah adalah seperti berikut :-

1. Cawangan/Jkkk Tanah Merah
2. Cawangan/Jkkk Air Putih
3. Cawangan/Jkkk Tok Dat
4. Cawangan/Jkkk Sri Aman @ Cabang Tiga Pak Wong
5. Cawangan/Jkkk Gong Nangka
5. Cawangan/Jkkk Gong Lilit

PENGESAHAN...tandatangan pengesahan cop ibu jari
Manakala bagi cawangan Gong Pasir dan Seri Tanjung,majlis penyerahan dana diadakan pada jam 12.00 tengah hari di tempat berasingan iaitu di Masjid Gong Pasir.

PEMBAYARAN...menerima wang tunai
Penyaluran dana ini adalah merupakan langkah murni Kerajaan Negeri Terengganu bagi menyalurkan bantuan kepada golongan sasaran tersebut supaya dapat meringankan beban kewangan mereka menjelang Aidilfitri yang akan datang tidak lama lagi.

DANA RAYA...antara penerima yang hadir
Pihak Admin Blog ingin merakamkan jutaan TERIMA KASIH kepada langkah murni Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan YAB DATO' MENTERI BESAR,DATO' SERI AHMAD BIN SAID diatas   kesediaan Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan kepada rakyat,sesuai dengan slogan "MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN"

SABAR WALAUPUN BERPUASA...beratur menunggu giliran

MESYUARAT APMT BAGI PERSIAPAN LAWATAN PENGARAH APMT

PADA 2/8/2012, HARI KHAMIS JAM 10.00 MALAM, BERTEMPAT DI PEJABAT PENYELARAS UMNO DUN JABI PARLIMEN SETIU,MESYUARAT APMT TELAH DIADAKAN BAGI MEMBINCANGKAN PERSIAPAN UNTUK LAWATAN PENGARAH APMT, TN HJ ROSHALI BIN TAHA KE APMT DUN JABI.
ARAHAN & TAKLIMAT...KP memberikan arahan mesyuarat


MESYUARAT INI HANYA DIHADIRI OLEH STAFF SLG DAN PEMBANTU YANG TERLIBAT DENGAN KEMAS KINI SISTEM PANGKALAN DATA APMT. ANTARA PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN ADALAH MENGENAI PERSIAPAN UNTUK MEMBUAT SLIDE POWER POINT YANG MELIPUTI PERKARA - PERKARA UTAMA SEPERTI BERIKUT:-

1. DAFTAR PEMILIH
2. BANCIAN DAN BACAAN SIKAP
3. PENGUNDI LUAR
4. ISU-ISU SEMASA DALAM DUN

KEHADIRAN...mesyuarat melibatkan staff SLG dan Pembantu yg terlibat dengan SPD


PERKARA LAIN YANG TURUT DIBINCANGKAN ADALAH MENGENAI PERSIAPAN KECERIAAN PEJABAT MELIPUTI CARTA ORGANISASI, DATA-DATA DAN STATUS PENGUNDI DALAM DUN JABI SERTA KETETAPAN TARIKH DAN MASA YANG SESUAI UNTUK BERGOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PEJABAT.

TEKUN DAN FOKUS...masing-masing khusyuk mendengar arahan KP





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...