Sunday 5 August 2012

PEMBAHAGIAN DANA RAYA PDM TANAH MERAH 2012

Pada 5/8/2012,Hari Ahad,Jam 9.00 pagi,bertempat di Dewan Sivik Kg Tanah Merah, telah diadakan Majlis Pembahagian Duit Dana Raya bagi kawasan PDM Tanah Merah bagi tahun 2012. Majlis yang diadakan dengan kerjasama Pemuda Dun Jabi dan Pejabat Daerah Besut ini diadakan bertujuan untuk menyalurkan Dana Raya kepada 4 golongan sasaran utama iaitu:-

1. Golongan Miskin/Berpendapatan Rendah
2. Golongan Warga Emas
3. Golongan OKU (Orang Kelainan Upaya)
4. Golongan Ibu Tunggal/Duda

SEMAK...menyemak nama-nama penerima dana raya
Majlis ini berlangsung secara ringkas dengan permulaannya dimulakan dengan ceramah ringkas yang disampaikan oleh YB Dun Jabi,YB Ramlan bin Ali. Selepas ceramah, penerima dana dibahagikan mengikut cawangan dan jkkk masing-masing.Cawangan / JKKK yang terlibat bagi PDM Tanah Merah adalah seperti berikut :-

1. Cawangan/Jkkk Tanah Merah
2. Cawangan/Jkkk Air Putih
3. Cawangan/Jkkk Tok Dat
4. Cawangan/Jkkk Sri Aman @ Cabang Tiga Pak Wong
5. Cawangan/Jkkk Gong Nangka
5. Cawangan/Jkkk Gong Lilit

PENGESAHAN...tandatangan pengesahan cop ibu jari
Manakala bagi cawangan Gong Pasir dan Seri Tanjung,majlis penyerahan dana diadakan pada jam 12.00 tengah hari di tempat berasingan iaitu di Masjid Gong Pasir.

PEMBAYARAN...menerima wang tunai
Penyaluran dana ini adalah merupakan langkah murni Kerajaan Negeri Terengganu bagi menyalurkan bantuan kepada golongan sasaran tersebut supaya dapat meringankan beban kewangan mereka menjelang Aidilfitri yang akan datang tidak lama lagi.

DANA RAYA...antara penerima yang hadir
Pihak Admin Blog ingin merakamkan jutaan TERIMA KASIH kepada langkah murni Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan YAB DATO' MENTERI BESAR,DATO' SERI AHMAD BIN SAID diatas   kesediaan Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan kepada rakyat,sesuai dengan slogan "MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN"

SABAR WALAUPUN BERPUASA...beratur menunggu giliran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...