Thursday, 9 August 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA DUN JABI BERSAMA YB AHLI PARLIMEN SETIU

TARIKH : 8/8/2012 BERSAMAAN 19 RAMADHAN 1433 HIJRAH

HARI : RABU

MASA : JAM 6.00 PETANG

TEMPAT : PEJABAT PENYELARAS UMNO PARLIMEN SETIU DUN JABI, PEKAN RENEK

MERIAH...antara hadirin yang hadir memeriahkan majlis
SATU MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT DUN JABI BERSAMA YB AHLI PARLIMEN SETIU, DATO' MOHD JIDIN BIN HJ SHAFEE, TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA DENGAN KEHADIRAN LEBIH 500 ORANG TETAMU HADIR BERBUKA PUASA. MAJLIS MURNI SEUMPAMA INI DILAKUKAN SETIAP TAHUN KETIKA BULAN RAMADHAN BAGI MERAIKAN WARGA JABI DENGAN MAJLIS BERBUKA PUASA YANG CUKUP MERIAH.

SABAR....menunggu waktu berbuka sambil berbual-bual
SEBELUM BERBUKA, MAJLIS DIMULAKAN TERLEBIH DAHULU DENGAN KESUDIAN YB DATO' MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA IMAM DAN BILAL MASJID-MASJID DUN JABI. SUMBANGAN ADALAH BERUPA KAIN UNTUK MEMBUAT JUBAH, KURMA DAN AIR ZAM-ZAM.

SUMBANGAN...YB Dato' Mohd Jidin Bin Shafee menyampaikan sumbangan kepada wakil Imam/Bilal masjid
SELEPAS ITU, MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR SERAMAI 25 ORANG. SUMBANGAN ADALAH BERUPA BARANGAN KEPERLUAN DAPUR SEPERTI BERAS, MINYAK, GULA DAN LAIN-LAIN.

YB DATO' AHLI PARLIMEN SETIU menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir

TEPAT JAM 7.27, SEMUA HADIRIN BERBUKA PUASA BERSAMA HIDANGAN YANG TELAH DISEDIAKAN.

SEMOGA PROGRAM SEUMPAMA INI AKAN DAPAT DILAKSANAKAN LAGI PADA MASA - MASA AKAN DATANG.

MANGSA BANJIR... warga siam turut diberikan sumbangan oleh YB Dato'


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...