Pada 26,27 dan 28 Hari Bulan Jun 2012, APMT Parlimen Setiu iaitu daripada Dun Jabi, Dun Permaisuri, Dun Langkap dan Dun Batu Rakit telah megadakan sesi santai APMT Parlimen Setiu yang diadakan di Pulau Redang. Sesi ini disertai oleh semua SLG APMT Dun dan juga Ketua - Ketua Penyelia APMT dari setiap Dun.
Objektif program ini adalah salah satunya untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama anggota APMT dan pada masa yang sama dapat bersantai;melepaskan tekanan kerja antara mereka.
Sesi santai ini diadakan di Redang Mutiara Beach Resort. Rombongan sampai tepat jam 12.00 tengah hari dan masing-masing diberikan bilik untuk menginap. Pada sebelah petangnya diadakan snorkeling di Taman Laut Pulau Redang, manakala pada sebelah malamnya diadakan sesi perbincangan mengenai program-program yang bakal dilaksanakan menjelang PRU-13.
Semua peserta bertolak pulang keesokan harinya, 28 Jun 2012.
|
Menunggu di Jeti Merang untuk naik feri |
|
feri yang membawa rombongan ke Pulau Redang |
|
sampai di Pulau Redang,memunggah beg keluar daripada feri |
|
sampai di jeti Redang Mutiara |
|
pemandangan jeti yang cukup indah |
|
sesi perbincangan pada sebelah malamnya |
|
Tuan Haji Ismail Bin Saamah,Ketua Penyelia APMT Parlimen memberikan sedikit taklimat |
|
tempat menginap |
|
bergambar kenangan sebelum bertolak pulang |
No comments:
Post a Comment