Thursday 5 July 2012

PEMBAHAGIAN BAUCAR BAKTI REMAJA 2012

Pada 4/7/2012,Hari Rabu jam 10 malam,bertempat di Dewan Sivik Kg Tanah Merah,telah diadakan sesi pembahagian baucar kepada para penerima daripada Mukim Kerandang. Majlis ini bermula dengan ucapan alu-aluan daripada ADUN Jabi, Hj Ramlan bin Ali.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan ceramah isu-isu semasa yang disampaikan oleh Ustaz Rujhan. Beliau menyentuh mengenai isu-isu politik semasa dan juga berkaitan dengan pasca PRU 13.

Selesai ceramah, sesi pembahagian baucar diadakan.Para penerima dipecahkan kepada kawasan dan cawangan masing-masing.

Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakam semasa program tersebut berjalan...

antara penerima yang hadir

hadirin khusyuk mendengar ceramah

mengambil baucar

menunggu giliran mengambil baucar

petugas memberikan penerangan kepada penerima baucar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...